Monday, February 14, 2011

kite orang islam

As Salam...........
hari ni 14 febuari, lusa 15 febuari kn?? tp apa ada dengan hari ni? Impossible la siapa yg xtow dengan tarikh ni kn. 14 febuari biasanya dipadankan dengan hari kekasih...Omputeh ckp...VALENTINE'S DAY! hoho..tp kite org islam xbole sambut...HARAM!!!!
kenapa haram??
agama islam melarang umatnya menyambut Hari Valentine krn ia boleh merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal, n paling utama boleh menggalakn MAKSIAT! ada satu statement y sgt mnarik sy copy kt my friend pnyer status FB......sgt mndalam maksudnya..
“Jika anda meniduri kekasih pada 14hb febuari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 21hb May (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia)jika di lihat pada aspek perubatan..anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb disember(hari Aids sedunia)”
So, Kepada pasangan kekasih,suami isteri Islam, knp Ulama mengharamkan perayaan Valentine Day. Nak bagi bunga,kad, ucapan i love you hari-hari pun boleh buat bukannya menunggu 14 Febuari jek adik abg yea..Ini adalah kerana asal-usul perayaan valentine day adalah perayaan orang Kristian. Macam hari-hari istimewa umat Islam contohnya Hari Israk dan Mikraj bukan ke untuk orang Islam sahaja. Begitu juga hari Valentine ni untuk orang Kristian sahaja! so apa kehalnya kita nak sambut kan!!  renung-renungkan lah yea..:)

please says NO valentine's day! YES Maulidur Rasul!!!!

ok da hbis pasal 14 feb?? nih nk citer sal 15febuary...ada apa dengan hari ni pulak?? ok kalau y da tow...buat2 xtow la yea...ehehe. kpd org y xtow....15 febuari ni ialah Hari MAULIDUR RASUL. As a muslim..hr ni yg paling kite kna sambut...n raikan.

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin  12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai maulid nabi
Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal s0leh.
so, jelas bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. 

SALAM MAULIDUR RASUL kepada umat islam..:)




p/s: yang baik itu datang dr ALLAH....y lemah atau salah sebut ke, tu dtg dr sy sendiri....
ok..slmt mlm...Asalamualaikum..:)






No comments:

Post a Comment

sila lah...feel free to comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...